Tuesday, May 12, 2009

Pendapatan Melalui Ternakan Keli

Salam Semua,...
Untuk pengetahuan anda semua,Syarikat Kami turut menternak Keli menggunakan Kaedah B1 ini,...
Kami menternak dalam kolam kanvas bersaiz 15' X 4' X 3' (kaki) sebanyak 3 kolam,...
Kolam kanvas ini kami beli dengan harga RM270.00 sebiji tidak termasuk rangka,...
Untuk menjimat kos,Kami membina rangka daripada kayu,....



Kami memulakan proses ternakan keli ini dengan mematikan kolam kanvas terlebih dahulu untuk menyingkirkan bahan kimia yg terdapat pada kanvas,...
Kaedah untuk mematikan Kolam kanvas ini adalah seperti berikut :-

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)
2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)
3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 batang)
4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)
5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10x10 kaki)
6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.
7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.

Proses Pengeringan air & Pembersihan Kolam Selepas Rendaman Selama seminggu.

Selepas Mengeringkan & membersihkan Kolam ini,Kami memulakan proses penyediaan kolam,..
Kami masukkan air kedalam kolam setinggi 12 inci dan kemudian kami taburkan B1 kedalam kolam,..
Kami masukkan 1 beg (5kg) untuk setiap kolam td,...
Kemudian kami masukkan pokok keladi bunting & pokok kiambang serta sedikit pokok kangkong air.Selepas itu kami biarkan selama 3 hari supaya tindakbalas antara pokok ini dgn B1 akan menghasilkan plankton untuk makanan ikan,..
Masukkan jaring yang berasiz kecil ke dalam kolam untuk memudahkan proses menangkap anak ikan yang mempunyai giangenetik apabila kita masukkan anak keli nanti,...


Selepas 3 hari,Kami masukkan anak keli yang bersaiz 3 inci ke dalam ketiga-tiga kolam kami sebanyak 6000 ekor,...
Anak keli ini kami beli dengan harga RM0.14 seekor,..
Untuk belian borong RM0.13 seekor,..


Pemilihan anak benih keli yang berkualiti ketika membeli amat penting bagi memastikan risikol kematian berkurangan & proses tumbesaran anak tidak terbantut,...
Sebolehnya pastikan anda membeli anak keli yang induknya di cucuk hormon pada kali pertama hingga kali ketiga dan bersaiz 3 inci keatas,...
Pastikan juga induk keli itu berat lebih kurang 1 ekor = 1 kg dan keatas,..
Selepas satu bulan anak keli dimasukkan ke dalam kolam,kita perlu menangkap ikan yang mempunyai genetik gian,ini kerana dlm ramai2 anak yang kita masukkan,terdapat anak keli yang mempunyai genetik ini dan akan memakan anak ikan yang lain,..
Kita perlu asingkan ikan ini ke tempat yang laen,...
Air perlu ditambah sebulan sekali sebanyak 5 inci kerana ikan sedang membesar dan memerlukan ruang yang lebih besar,...
Selepas 4 hingga 6 bulan, hasil boleh dituai,....

Perkiraan Kasar ternakan Kaedah B1 :-

FASA PERTAMA

1) Modal
  • Kolam Kanvas & Rangka................RM 900.00
  • Anak keli.......................................RM 780.00
  • Makanan B1...................................RM 225.00
  • Kos-kos lain....................................RM 195.00
JUMLAH................................................RM 2100.00


2) Jualan
  • Bil. ikan .................5000 (Anggaran Kasar Kematian 1000)
  • 1 kg = ...............................5 @ 6 ekor
  • Harga jualan (1kg) .....RM 3.00 - RM 6.00
Jumlah berat (kg) = 5000 / 6
............................= 833.33 kg

* Hasil jualan Borong = 833.33 X 3.20
...................................= RM 2666.70

* Hasil jualan Runcit = 833.33 X 5
..................................= RM 4166.70


3) Keuntungan


* Hasil Keuntungan Borong = 2666.70 - 2100.00
..........................................= RM 566.70

* Hasil Keuntungan Runcit = 4166.70 - 2100.00
.........................................= RM 2066.00


FASA KEDUA & SETERUSNYA

1) Modal
  • Anak keli.........................................RM 780.00
  • Makanan B1.....................................RM 225.00
  • Kos-kos lain........................................RM 195.00
JUMLAH..................................................RM 1200.00


2) Jualan
  • Bil. ikan ...............5000 (Anggaran Kasar Kematian 1000)
  • 1 kg = ...............................5 @ 6 ekor
  • Harga jualan (1kg) .....RM 3.00 - RM 6.00
Jumlah berat (kg) = 5000 / 6
............................= 833.33 kg

* Hasil jualan Borong = 833.33 X 3.2
...................................= RM 2666.70

* Hasil jualan Runcit = 833.33 X 5
..................................= RM 4166.70


3) Keuntungan


* Hasil Keuntungan Borong = 2666.70 - 1200.00
..........................................= RM 1466.70

* Hasil Keuntungan Runcit = 4166.70 - 1200.00
.........................................= RM 2966.70


* Ini Adalah Perkiraan Kasar,...


"PENTERNAKAN ADALAH SATU PEKERJAAN"

No comments:

Post a Comment