Thursday, June 18, 2009

Berhati-hati dengan syarikat-syarikat swasta yang mengutip bayaran bagi penyertaan pakej kursus dan ternakan

KENYATAAN MEDIA OLEH Y.BHG. DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB
KETUA PENGARAH, JABATAN PERIKANAN MALAYSIA BERHUBUNG
PAKEJ KURSUS DAN TERNAKAN PROJEK- PROJEK PERIKANAN
YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT- SYARIKAT SWASTA.


Putrajaya, 3 April 2009 - Jabatan Perikanan Malaysia menasihatkan orang ramai
supaya berhati-hati dengan syarikat-syarikat swasta yang mengutip bayaran bagi
penyertaan pakej kursus dan ternakan bagi projek-projek perikanan seperti ternakan ikan
keli dalam tangki, ternakan ketam dalam tangki dan juga ternakan lintah. Ini adalah
kerana Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima beberapa aduan tentang projek-projek
perikanan ini yang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Jabatan Perikanan
Malaysia ingin menegaskan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia tidak terlibat dan tidak
pernah memberi sokongan kepada mana-mana syarikat swasta yang mengutip bayaran
di dalam melaksanakan projek perikanan seumpama ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Junaidi Che Ayub
menasihatkan orangramai supaya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Perikanan
Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menyertai pakej kursus dan
ternakan bagi projek perikanan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat swasta.
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia ada menawarkan kursus ternakan
ikan secara percuma kepada mereka yang berminat. Orangramai boleh melayari laman
web Jabatan Perikanan di www.dof.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai kursus-kursus yang ditawarkan. Mereka juga boleh menghubungi Jabatan
Perikanan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menceburi bidang
ternakan ikan.


Dikeluarkan Untuk Siaran Oleh:
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Perikanan Malaysia

Tuesday, June 2, 2009

BOIKOT BARANGAN DARI DENMARK

Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhammad S.A..W.
Bagi sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usahakan untuk menyekat
Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia
Kalau boleh sebarkan ke negara islam seluruh dunia untuk menyekat sikap biadab ini.


Kawan-kawan sekelian,

Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot '
forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi
unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu
organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark
terhadap Islam. Khasnya dalam konteks memperlekehkan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam
bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta
tattabia millahum "

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Allahu Akbar!!!!!


Assalamualaikum,

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish
we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to
stop buying and boycott all lego products.

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T


Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary.

Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary.

CONFIDENTIALITY POLICY:

THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL AND PROPRIETARY TO SILTERRA MALAYSIA SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY FOR THE ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT THE INTENDED ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO THE INTENDED RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT OR TAKE ANY ACTION IN RELIANCE THEREON. PLEASE INFORM THE SENDER IMMEDIATELY IF YOU RECEIVE THIS E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR SYSTEM AND DESTROY ALL COPIES OF IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR PRINTING OF ITS CONTENTS IS STRICTLY PROHIBITED..