Wednesday, May 13, 2009

Ternak Keli Menggunakan Kaedah B1

Salam Semua,...
Disini sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy dalam ternakan keli Kaedah B1 dalam kolam Kanvas,..

1. Memasang & mematikan kolam kanvas yg bersaiz 15' X 8' kaki,...


2. Selepas 7 hari mematikan kolam kanvas untuk menyingkirkan bahan kimia,Kolam di bersihkan dan bahan2 seperti batang pisang,kulit nenas dibuang serta kolam dikeringkan,..


Membersihkan Kolam

Mengeringkan Kolam

3. Menjahit & memasang Pukat Bagi Memudahkan Kerja2 Menangkap Anak Ikan Yang mempunyai genetikgiant selepas 1 bulan anak ikan dilepaskan,..
Ianya Juga akan Memudahkan Kerja2 Tuaian Hasil Tanpa Perlu mengeringkan kolam terlebih dahulu,...



4. Menindih dasar pukat dengan batu bata supaya dasarnya mengikut saiz kolam,....




5. Memasukkan Air sedalam 7 " hingga 12" inci & B1 Ke dalam Kolam,...




6. Memasukkan pokok Keladi Bunting @ Kiambang dan sedikit kangkung air (jika ada),..




7. Selepas 3 hari barulah anak benih keli yang bersaiz 3 inci dimasukkan,..
Sebelum melepaskan terus anak benih,plastik yang mengandungi anak ikan td dimasukkan kedalam kolam selama lebih kurang setengah jam agar suhu air dalam kolam dan beg plastik mejadi sama,...
Ini bertujuan mengelakkan anak terkejut akibat perubahan suhu yang mendadak dan boleh mengakibatkan anak boleh mati,..



8. Memasang Jaring Diatas Kolam Bagi menghalang Anak ikan dimakan oleh burung serta melambatkan proses kecurian anak benih oleh manusia yang tangannya agak panjang,...
Untuk mempercepatkan pembesaran ikan,kita juga boleh memberi makanan tambahan seminggu sekali seperti lebihan nasi,roti dan sayur-sayuran,....
Klau nak bg hari-hari lg cepat ikan membesar kerana kalau hanya menggunakan B1 sahaja,anggaran tempoh harvest adalah lambat sedikit berbanding pallet iaitu antara 5 hingga 6 bulan,..


No comments:

Post a Comment