Monday, May 18, 2009

Ternakan Ikan Keli


Ikan Keli (Kolam Tanah)


Alam
Haiwan
Filium
Kordata
Subfilum
Vertebrata
Kelas
Actinoptervoji
Order
Siluriformes

Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.

Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah.Kolam tanah secara umum boleh diertikan sebagai sejumlah air yang ditakung dibahagian dalam sebuah lingkungan ban yang diperbuat daripada tanah. Bentuk kolam tanah yang biasanya dibina adalah seperti empat segi tepat atau empat segi sama. Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan. Terdapat juga penternak membina kolam kolam secara bujur dan kadangkala berbentuk bulat. . Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.

Struktur Kolam Tanah

Standard Operating Procedure (muat turun)

Ikan Keli (Tangki Kanvas)

Alam
Haiwan
Filium
Kordata
Subfilum
Vertebrata
Kelas
Actinoptervoji
Order
Siluriformes
Famili

Clariidae

Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kanvas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Ternakan ikan keli dalam kanvas dilakukan bagi mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini, ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusannya dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini di samping memudahkan kerja-kerja pengawalan penyakit dan musuh. Kolam kanvas dibina secara berdampingan. Setiap kolam diisi sehingga 700 hingga ke 1000 benih yang akan matang dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Terdapat banyak kabaikan menternak ikan ikan di dalam tangki kanvas iaitu :

- Mudah Alih, Ekonomi, Mudah Diselenggara & Sistematik
- Selamat Daripada Ancaman Pemangsa
- Menjimatkan Ruang
- Mutu & Hasil Berkualiti Tinggi

Struktur Tangki Kanvas

Standard Prosedur Operasi (muat turun)


Ikan Keli (Tangki Simen)

Menternak ikan dalam takungan air seperti tangkj kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah. Projek yangdilaksanakan secara ternakan dalam tangki simen akan mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusan dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini. Pengawalan penyakit serta serangan pemangsa dapat dikurangkan kerana pengawalan yang lebih rapi.

Struktur Tangki Simen

Standard Prosedur Operasi (muat turun)

No comments:

Post a Comment